Friday, 26 October 2012

Mengadu kat Allah

Assalamualaikum,

Salam aidil adha untuk semua umat Islam. Semoga korang dalam lindunganNya. Amin~ Okay, back to the topic yoo :) hahaha, first sebelum korang cakap pape, baik aku kedepan dulu. K, bukak mata lebar-lebar okay buddies. Aku mengaku, and tipulah kalau aku cakap aku tak pernah update status kat fb aku. And yang pasti aku memang sering melepak kat situ. Selalu yang aku tgk facebookers ni suka:

  • update status 4,5 minit sekali (aku pun pernah namun jarang-jarang)
  • post ayat-ayat jiwang besi karat
  • post lirik lagu wooo
  • maki hamun orang kat wall
  • bagi tazkirah/hadis (sedang belajar)
  • upload DP comei-comei
  • update status makan dalam/mintak simpati
  • main game
  • sent request merapu-rapan
Senang cite, macam-macam ada. Memang happening lah pesbuk ni, meleret-leret. Hahaha, tapi yang tak syioknya kalau dah terlalu banyak luahan perasaan, sampai poning pale den tengok. Satu lagi, boleh buat orang menyampah kot. So, berpada-pada k. Normally, aku tengok memang pompuan lah yang suka update yang feeling-feeling gitu, kadang-kadang kalau orang dah menyampah, boleh buat gaduh kot! Siap maki makun lagi kat komen tu. Betul tak? Ada pendapat lain? hahaha, anyway korang jangan fikir apa pulak, ni cuma pendapat aku jeee.

Okay, bab mengadu kat facebook tu aku tamatkan sampai situ jeeee, sekarang aku nak cakap daripada korang mengadu kat fb yang belum tentunya ada orang yang ikhlas nak ambik tau lebih baik dan berpahala lagi kalau korang mengadu kat kekasih kita yang abadi, yakni Allah swt. Kenapa shira, kenapa? k, sebabnya, baru-baru ni aku ada borak dengan seorang hamba Allah ni, kata-kata dia sangat berkesan dihati aku. Nak tau apa dia kata? 

Okay, haritu kitorang borak-borak kosong je actually, nothing series pun, tanpa sedar je dia cakap pasal ni. Ni sebagai contohlahkan, kalau kita rindu kat seseorang, lebih baik jangan cakap kat dia. Jangan sesekali cakap dekat tuan badan yang kita rindu dia, kalau dia balas positif takpe, ni kalau dia hina kita macam mana? Mesti sakit hati. Kata-kata manusia itu ibarat bisa, amat menyakitkan. Cakap lah kat Allah, mengadulah padaNya. Sungguhnya hanya Dia lah yang maha mendengar, hanya Dia yang memahami kita dan sudi mendengar aduan kita dengan ikhlas. InsyaAllah kalau Allah izinkan, Dia akan pertemukan kita dengan orang yang jauh lebih baik.



Jadi, amalkanlah selalu dengan mengadu segala sedih, gembira, suka dan duka pada kekasih abadi kita. Jangan bersedih, ingatlah Allah menyayangi kita, hilangnya cinta manusia bukanlah segalanya, hilang cinta Allah, hilanglah segalanya.. wallahua`lam, sekian assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Copyright@MissShira2012