Friday, 8 June 2012

Aku macam mak mak

Assalamualaikum

                                   
                                                
Pagi tadi kaaan, macam biasa lah kerja aku gi beli lauk nak masak tengahari. Lepastu, time nak beli macam biasa jugak memang aku jelah anak2 yang beli lauk dah macam mak2 dah aku ni. And kat kedai tu aku tengok, semua makcik2, mak2, nenek2 je yang beli lauk. Haha, tapi actually aku bangga gila sebab aku mampu buat benda ni, at least nanti dah duduk sendiri, bolehlah aku berdikari sendiri. Bolehlah biasakan diri, nak makan masak sendiri, baju basuh sendiri, senang cite semua sendirilah. Time aku tengah tunggu acik kedai tu potong ayam, adalah seorang makcik ni, and makcik lagi satu tu baru masuk dalam kedai, okay aku buat dialog lah senang sikit:

Makcik 1: Wei kau, lambat turun hari ni, dah masak?

Makcik 2: Biasalah, aku sidai baju kejap tadi tu yang lambat turun. Belum masak lagilah, baru nak masak ni. Nak belilah ni barang barangnya.


My favourite 1st dance photo EVER!

Aku dengar je perbualan makcik dua orang tu, terus je dalam hati aku cakap, eh memang macam tu eh kalau dah jadi mak2? Mesti kena masak, nak beli barang masak kat bawah rumah pun siap ada orang tanya lagi! Dah jadi rutinlah agaknya tu. Hmm, macam manalah aku nanti ek? Mesti penat nak masak lagi, jemur baju lagi, semua aku nak kena buat ke? Penat2, suami balik2 makaaaaan aje kerja! Huh~

Lagi satu, tadi aku baru habis tgk cite aku ada, kau ada??? Memula tu aku ingat cite dia best sangaaaat, tapi tengok2 biasa je, yang nampak gempak sebab shooting dia kat luar negara, kat mana aku tak sure ah, maybe Jepun kot laaah! Sekarang aku tengah tunggu cite snow white dengan cite gerimis mengundang. Yang tu aku konpem memang best, dah ada link dia nanti aku suruh lah abang aku download dia :) Mesti cueeeet sangat cite Gerimis Mengundang nanti >.< Hope so~

Ni haaa antara actor dan actress filem aku ada, kau ada?

  
 Yang gegirl tu aku minatlah jugak, tapi yang lelaki aku kurang sikit. Bkn apa, tapi aku memang kureng sikit. Tapi kalau cakap pasal lakonan dia memang umppphh, tiptop

Kamal Adli





http://www.uzairothman.com/wp-content/uploads/2012/05/DSC_0437.jpg
                                                Yang ni cuma hiasan :)         

Ok stop!

Eh korang tau tak sekarang ni kat Malaysia dijangka mengalami cuaca panas dan kemarau mulai bulan ni. So, disebabkan tu kemungkinan kita akan mudah dapat penyakit dan mengalami masalah yang seumpamanya, dan sebagai langkah berjaga jaga untuk mengelakkannya anda digalakkan mengamalkan minum air kosong yang banyak dan sekerap mungkin sepanjang musim ini.

Sekian




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Copyright@MissShira2012