Thursday, 7 June 2012

Orang tegur sebab dia sayang..


Assalamualaikum

How was your day? Is it okay? I hope so :) Hari ini aku rasa macam nak cite benda yang sangat penting sebenarnya. Tapi ini bagi pandangan akulah sangat penting dan sangat sangat perlu dititikberatkan sebab benda ni orang selalu sangat pandang sebelah mata je. *berapa banyak sangat daaa

Ok, korang tau tak orang sekarang ni memang pantang gila kan kalau kena tegur. Konpem nak melenting, aku tak paham betul lah perangai diorang ni. Yelah, kalau orang tegur tu mestilah sebab kita salahkan and semestinyalah dia nak betulkan kita daripada terus je buat salah tu. Nanti kalau dah bersarang tak berguna dah, tinggal kapan aje. Korang ni kalau orang tegur janganlah terus melenting, orang tegur tu maknanya dia sayang, dia ambek berat dekat kita.

Kalau orang tu senyap, biar je korang macam tu maknanya dia memang tak kesahlah kau nak buat apa. Lantaklah kau nak buat apa, ada aku kesah? Macam tulah lebih kurang. Such as, yang paling dekat dengan kita, mak kita lah kan. Dia selalu sangat marah kita bangun lambatlah, tak solatlah, malas buat kerja rumahlah. Cuba korang fikir benda tu positif? Aku ras banyak betulnya dia tegur kita tu, kalau bangun lambat orang dulu dulu kata rezeki susah nak masuk tau. Kalau tak solat, dosa tau, Allah marah. Malas buat kerja rumah, kau nak berlaki macam mana? Siapa sangatlah nak anak dara malas macam kau, cubalah ringan tangan sikit tolong mak kat dapur, dah lah dapat pahala, bonus lagi tu sebab dah pandai masak. Betul tak? ^^

Selain daripada mak kita, haaa member member kita. Korang tau tak, seorang kawan yang baik dia akan marah kita macam ayah kita marah kat kita, membebel kat kita macam mak kita membebel, that`s all for your sake jugak, bukan untuk orang lain. Dia marah, membebel maknanya dia tu sayang kita, care about kita. Renung renungkanlah ye.

Sekian, assalamualaikum :3

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Copyright@MissShira2012