Wednesday, 6 June 2012

Kegilaan satu hari

Assalamualaikum

Hari ni nak cite pasal semalam, semalam tak sempat nk updated lah. Penat sangat lepas balik dari kegilaan kami :) Actually semalam kitorang gi mandi kat Desa waterpark. Mmg kelakar, batak and macam2 ada.

Mula2-->

Aku dari rumah, siap2 nak gi rumah Nina sebab nak gi Desa tu ayah dia yg hantar. Aku pun gi lah tunggu bas kat bustop tempat aku tu. Tang tang tengah tunggu tu, ada dua orang kakak tu datang kat aku and dia tanya aku:

KAKAK: Dik, tau tak nak pergi Desa waterpark naik bas apa?

AKU: Desa waterpark? HAHA, saya pun nak gi situ jugak kak, tapi sekarang gi tempat lain dulu. Kalau akak nak gi situ tak silap saya naik bas u72, tapi nak turun dekat mana tu saya tak tau lah sebab saya pun tak pernah naik bas tu.(aku pun senyum)

KAKAK: Oh, macam tu ke dik? Kalau macam tu, takpe lah. Terima kasih banyak2 ye dik.

AKU: Ok, nanti akak cubalah tanya pakcik bas tu. Rasanya dia tau lah tu.

KAKAK: OK. (berjalan sambil meninggalkan aku)

Next-->

Naik bas, berhenti kat depan central lepas tu jalan sampai bustop rumah nina. Panas time tu hanya Allah je tau. Dah sampai tu memula tunggu Cham, dia kata dahnak sampai. Tup tup, aku tgk Intan yang sampai dulu. Haha, stepmom aku ni memang begitu. Haha. Lepastu, dari jauh aku tgk cham jalan. Aku tgk2 dia pakai skirt jugak, kelakar gilaa. Padahal takde plan pape pun. Intan pakai jeans so tak samalah. Kitorang pun jalanlah sesama beriring gi rumah nina. Lepastu time nak naik lif, terserempak dgn ayah nina and naiklah sekali. Tetibe dah sampai tingkat enam tu cham dgn ayah nina keluar dulu, lepastu aku dgn Intan nak keluar tapi tak sempat. Lif dia cepat sangat tertutup, aku pulak tak biasa sgt dgn lif tu sebab lif rumah aku lain sikit. Kitorang redha jelah. Lif tu berjalan sampai tingkat 12. Kitorang turunlah tangga sampai tingkat enam, tgk2 diorang dah turun dulu. Kurang asam betul, sampai hati diorang turun dulu. Dengan rasa malasnya, kitorang pun turunlah tangga, malas lah nak tunggu lif. So, mula lah perjalanan ke destinasi.

Next-->

Ok, dah sampai. So, turunlah. Lepastu ada bag check pulak. Err, leceh lah macam ni. Gi jugaklah, dia cek and kalau jumpa makanan dia tak kasi bawak masuk. Kena letak kat situ. Nina and adik dia pulak bawak banyak makanan, apa lagi kena ambik ah. Ayah dia pun dah macam nak marah je. Tapi sabar jelah, tempat orang lah katakan. Go, masuk dalam. Eh, beli tiket dulu! Aku beli tiket kenek2 punya. haha, buat malu je. Tapi takpe, aku memang begitu dari dulu^^

Ok, start kat dalam ni aku tak berapa ingat dia punya time bila aku buat benda ni and time bila aku buat benda tu. So aku cite je apa yg aku ingat >.<

Masuk2 tu kena tukar baju dulu, sebab aku pakai baju jalan. So, kitorang gi tukar and pakai tshirt dgn track shoot. And lepastu pluuuuuuuuuuuuuup! terjun dalam air :D HAHAHA, sungguh sungguh kelakar lah time tu. Eh lupalah, kitorang gi ambek pelampung dulu -.- Kitorang ambek dua sebab kitorang ada empat orang, satu pelampung tu 15 hengget and khas untuk dua org. Kitorang punyalah jaga pelampung tu sikit punya baik semata2 takut tak dapat balik duit 5 hengget, sebab pelampung tu 15 tapi kalau pulangkan balik after use it dapatlah lima hengget balik :D

Mula2 macam biasa ah, main2 dekat kolam dulu. Lepastu, si nina dgn intan ajak pulak aku dgn cham main gelongsor yg tinggi dia huuuuuuuuhh~ nauzubillah. Huh semangat! aku tgk pun dah seram, dah lah aku gayat dgn benda tinggi2 ni. Dah berkali2 aku tolak, tapi diorang still lagi pujuk2 and dah lama2 tu aku tak sampai hati pulak. So aku pun macam~ oklah. Dalam hati aku ni^^kuatkan semangat kuatkan semangat, kau boleh2. Dah tu, time dia gelongsor tu aku apa lagi, menjerit macam org gila lah, jantung aku mcm nak melayang je~ grr. Air mata aku pun dah mcm nak keluar, tapi segan ah, takkan nak nangis. Kita dah besar lah, malu malu :) Lepas2 dah plup dalam air tu, waaaaaaaaaaaah rasa macam oklah, not bad. Tapi kalau nak main lagi sekali tu, err sorry lah ye, saya tak biasa.Sangat sangat tak biasa >.<

OK, time nak dekat2 pukul 12.30 tu, perhhh ramai gila dekat kolam ombak. Semua pakat2 bersemut dekat situ semata2 nak layan ombak~ err batak, sungguhku katakan batak termasuk aku sendiri! Tapi, series dekat situ aku rasa macam badan aku ni menari2 je, haha. Ombak tu punya pasal lah. And lagi satu, sepanjang ombak tu ada, satu benda je yang asyik keluar dari mulut aku~ "kuajak betul punya air" Banyak kali pulak tu, aku geram oh dengan air dan ombak tu. Tak bagi aku peluang langsung, kuat betul dia tolak aku. Haih, sabo jelaaaa.



Syok2 main tu, nampaaaak pulak member kelas aku, Fiqri aka Bob and the geng. Diorang oklah, tak sombong sangat. Tapi yang aku geram tu, dia tak habis2 nak menyakat aku. Sekejap cakap tulah nilah. Lepastu yg geram gila dia cakap "kanak2 bawah umur tak boleh melebihi paras air 1m" *Dush. Aku bagi sebijik karang taulah, indah tak indah memperkecilkan aku yg kecil ni ^^ Ni lah padah dia, memandai sangat beli tiket kanak2, nak pergi paras air yang agak dalam terpaksalah aku sorok sorokkan gelang kertas dkt tgn aku, kalau tidak ++.++ pffffffftt pekak telinga aku, sekuriti dekat situ dok memekik tiup wisel dia tu. Apa? Kau ingat aku suka ke? Haih, bingit tau telinga ni. Err, lepastu aku nampak sekuriti2 dekat situ pakai seluar tart kot~ eeeeee geleman aku tgk lelaki pakai seluar tu, hilang langsung kemachoan anda --''.

Rasa sayang hei rasa sayang sayang hei, hei lihat nona jauh rasa sayang sayang hei~ lagu dalam perut aku nyanyi. Aku lapaaaaaaaaaaaar gila. Ok, pasal lapar ni aku malas nak cite tapi yg penting AKU LAPAR!



Lepastu, main thunder apa tah. Aku tak ingat. Tapi yg penting tu best lah, not bad. Alright, aku dah penat, aku rasa tu je lah aku nak cite. Tapi time dah habis main tu----yeayy, muka semua dah macam sotong kena panggang :D ye, aku suka aku suka. Muka diorang dah macam pakai make up dah, macam pakai blusher. Tapi aku tak merah. Muka aku tak sensitif, dia tak jadi merah tapi dia jadi black ^^

Sekian, assalamualaikum
note: sorry takde satu gambar pun untuk serikan blog ni. Aku lupa nak bawak kamera :)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Copyright@MissShira2012