Monday 4 June 2012

Cara makan rasulullah..




Apa khabar rakan2 belog :) Diharap semua sihat hendaknya. Hari ni rasa macam tak tau je nak cite apa, so hari ni tetibe je nak share dgn korang CARA MAKAN RASULULLAH SAW.

Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang mengikut sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan sesiapa yang cinta kepadaku, maka dia akan masuk syurga bersamaku."

Kali ini, aku nak share dekat semua pembaca tentang cara makan mengikut Rasulullah SAW iaitu:

Menbaca Bismillah
Membaca bismillah ketika hendak makan, dan mengakhirinya dengan mengucap Alhamdulillah.
Cuci Tangan
Nabi Muhammad SAW jika hendak makan selalu mencuci tangan terlebih dahulu , sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan Nasa`i dari Aisyah r.a
Guna Tangan
Makan dengan menggunakan tangan kanan. Ini kerana ada kajian membuktikan bahawa pada tangan atau jari kita ini terdapat enzim yang sepuluh kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.
40 Kali Kunyahan
Rasulullah SAW akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul2 lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
Duduk Tegak, Tidak Bersandar 
Rasulullah SAW melarang seseorang makan sambil bersandar kerana membahayauahan kan kesihatan dan mengganggu pencernaan usus. Justeru, cara duduk yang disarankan ialah duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah paha atau lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada tiga bahagian, iaitu satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk udara dan satu pertiga lagi untuk air.
Guna Tiga Jari
Makan dengan menggunakan tiga jari. Dengan tiga jari bererti kita telah bersikap seimbang. Sebagaimana dikatakan bahawa makan dengan lima jari menunjukkan kerakusan, sedangkan makan dengan satu atau dua jari menunjukkan kesombongan dan keangkuhan.
Menjilat Jari
Rasulullah SAW sendiri menjilat lari jemari baginda setelah makan. Baginda bersabda: "Apabila salah seorang di antara kalian selesai makan, hendaklah dia tidak membersihkan tangannya sehingga menjilatinya." (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Tabrani)
Makan Buah-Buahan
Mendahulukan makan buah-buahan sebelum makan daging yang merupakan makanan utama. Hal ini sebagai upaya untuk mengikuti apa yang dilakukan para penghuni syurga. Ini kerana Allah SWT berfirman: "Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan," (al.Waqiah: 20-21)
Tidak Tidur Selepas Makan
Nabi menganjurkan seseorang berjalan-jalan setelah makan malam. Tetapi boleh juga diganti dengan solat. Hal ini dimaksudkan agar makanan masuk ke perut dengan tepat sehingga boleh dicerna dengan baik. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi SAW bersabda: " Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah yang Maha Tinggi dan solat, serta janganlah kalian tidur setelah makan, kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras." (Hadis Riwayat Abu Naim)

And lagi satu, cara potong kuku ikut sunnah Rasulullah.




Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Copyright@MissShira2012